derita. sudah lama.
bila bersujud.
rasa derita itu tiada.
cuma rasa lega.
apalagi bila cucur air mata segala.
kamu tahu makna syukur?
kamu pernah merasa makna itu?
pastilah pernah ya..
sama seperti saya.
hati saya lapang tau tak.
walaupun tiadalah saya punya apa-apa.
walaupun tiadalah saya ada apa-apa.
namun tempiasnya kena.
namun bahagianya, rasa.
sekurang-kurangnya saya pernah merasa mewah.
sekurang-kurangnya saya pernah merasa kasih.
sebelum saya menutup mata.
sering saya memikir.
apa layak saya miliki?
apa layak saya merasa?
apa mungkin segala dirasa?
itu Tuhan punya kerja.
tidak mahu saya tanya.
cuma saya berharap.
cuma saya memohon.
cuma saya berdoa.
wahai Tuhan, saya yakin Kamu.
Kamu tidak akan pernah mengecewakan saya.
Kamu tahu segala terbaik untuk saya.
Kamu rencanakan sesuatu untuk saya.
saya pasrah.
saya redha.
saya yakin itu berlaku.
kerana saya milik Kamu..




lagu ke syair ni?? heHe
ReplyDeletenanti..saya tentukan.
ReplyDeletesaya tentukan ia satu lagu.
bukan lagu suka-suka.
ia lagi hati.
hati berlagu bila pilu. ngilu.
tak pandai meluah.
cuma pandai madah.
madah hati, jadilah lagu hati.
hehe.