3/3/2011
dari semalam kamu berpesan.
mahukan kek oren.
lalu saya pun membuat kek oren.
seperti yang kamu mahu.
selepas lena digerak.
saya buat seperti biasa.
seperti kebiasaannya.
mengikut citarasa saya.
saya membuat dengan sepenuh hati tau tak.
s.e.p.e.n.u.h h.a.t.i.
sesudah siap, lalu saya potong dadu.
agar mudah kamu menelan.
namun kamu kecewa.
kek yang kamu mahu tidak seperti hendaknya hati.
lalu kamu propaganda.
bukan tidak jadi.
bukan menjadi-jadi.
cuma..
sesuatu itu tidak bermaksud mengecewakan kamu.
hanya kerana cara penyampaiannya berbeza..
itu saja..

No comments:
Post a Comment