Wednesday, August 17, 2011

exam kehidupan. satu ketetapan II.



seperti exam-exam sekolah.
seperti exam-exam kolej.
seperti exam-exam u.
ada kertas 1.
ada kertas 2.
ada esei.
ada abcd.

maka kehidupan juga begitu persisnya.
ada diuji kematian ibu.
ada diuji kematian ayah.
ada diuji kematian seluruh keluarga.
ada diuji dicurangi kekasih.
ada diuji ditikam kawan.
ada diuji dibaham buaya.

ada diuji perbalahan adik-beradik.
ada diuji kereta rosak.
ada diuji kalah bertanding.
ada diuji diherdik dihina.
ada diuji dimaki dicerca.
ada diuji dibenci keluarga.
ada diuji kemalangan parah di ICU. 


ada diuji dibom ketika makan.
ada diuji disembelih hidup-hidup.
ada diuji dirogol-rogol.
ada diuji diculik dibunuh.
ada diuji bercerai suami.
ada diuji tidak mengandung-mengandung.
ada diuji kudung tangan.
ada diuji buah pinggang rosak.
ada diuji buta pekak.
ada diuji anak derhaka.
ada diuji emak membenci.

seringkali ujian menyedihkan itu berhasil menundukkan ego kamu.
berbanding ujian diberi harta kesenangan.


cuma dua jalan saja seseorang itu pergi.
membawa diri.
mencari makna hidup ini.
samada seseorang itu mencari Tuhannya.
atau, menyalahkan Tuhannya.


kamu wahai diri..
marilah mencari Tuhan..
ketahuilah..Dia yang menentukan begini.
mengapa mahu menyalahkan Dirinya?
kerana membiarkan kamu begitu?
kerana kamu itu manusia yang degil.
kepala batu.
sering bernafsu amarah.
maka perlu diuji sebegitu.
biar kamu menangis-tangis.
biar kamu terasa tragis.
biar kamu sadis.
cuma itu saja..nafsumu mati.
nafsu amarahmu tewas.
maka egomu jatuh.
kerana di saat itu, kamu merayu.
kamu sayu.
kamu pilu.
di saat itu, kamu pasti dilintasi kewujudan Tuhan.
Allah..


cubalah tanya sendiri pada Tuhan kamu.
cubalah berdialog sendiri dengan Tuhan kamu.
cubalah..cubalah..


aku tidak mau bercerita betapa indahnya syurga saat ini..
dan aku tidak mau membongkar betapa azabnya seksaan neraka..
malah, aku tidak mau meyakinkan kamu betapa janji Allah itu pasti.
cuma aku mau bertanya kepadamu wahai diri kamu yang sayu..
mau kah kamu rasai TENANG?
mau kah kamu rasai BERDADA LAPANG?
mau kah kamu rasai SENANG?
walaupun hampir hilang nyawa menahan kesengsaraan?


begini wahai kamu yang diuji sedasyat-dasyat ujian...
kamu basahilah wajahmu dengan air sembahyang..yea, wudhu'..perlahan-lahan..
kamu bentangkan sejadah itu..
lalu kamu duduk sebentar..
renungilah nasib kamu yang malang..
sebelum air mata jatuh, berdirilah..
niatkan solatmu..solatlah..
cukuplah dua rakaat memohon hajat..
kamu bayangkanlah..bahawa sesuatu Dzat sedang melihat kamu solat..
kamu bayangkanlah..
cuba lah kamu bayangkan..
bayangkan yang Allah, yang memberi pinjam nyawa kamu itu melihat kamu..
kemudian, kamu rasailah..
nikmat solat itu bagaimana..
kamu sendirilah rasa..
tidak mau aku bercerita..
betapa solat itu makhluk pemujuk hati..
solat itu makhluk..
solat itu bernyawa..
kamu rasailah sendiri..


sudah..?
di mana Al-Quran kamu?
carilah..
cubalah baca..
jangan mulai dengan mukasurat pertama..
carilah mukasurat 440 di helaian Al-Quran kamu..
cubalah kamu baca..
serenung-renung bacaan di muka surat itu..
kamu rasailah sendiri..
betapa..
aku tidak mau bercerita..
kamu rasailah sendiri..
betapa..kamu rasalah sendiri.


cubalah kamu melihat tapak tangan kamu..
kedua-duanya..
menadahlah kedua-dua tapak tangan kamu itu..
dan sekarang kamu mengadu...
kamu berceritalah akan nasib kamu..
tangisilah kejadian yang menimpa diri kamu..
mungkinkah semua ini balasan dosa-dosa lalu?
mohonlah ampun dari Allah wahai kamu yang diuji sedasyat-sedasyat ujian..
mohonlah apa saja kemahuan kamu..
minta sajalah kehendak kamu..
rayulah apa saja keinginan kamu...
rayulah..
adulah...


kamu ini beruntung tau tak.
kerana kamu diuji sebegitu.
Allah sayang kamu tau tak.
maka kamu duji sebegitu.
kerana Allah menarik kamu dengan cara begitu.


kamu beruntung tau tak.
kerana kamu duji sebegitu.
ego kamu dididik dengan cara begitu.
air mata kamu dicurahkan dengan cara begitu.
supaya kamu mencari Allah-Tuhan kamu, semuda begini.
supaya kamu sempat mengetahui.
betapa Allah itu SAYANG akan kamu.
betapa Allah itu RINDU akan kamu.
rindukan suara kamu bercakap denganNya.
rindukan kamu mengadu kepadaNya.


kamu mau tau tak?
cuma dengan ujian sebegitu, 
barulah kamu benar-benar mendapatkan Allah-Tuhan kamu.
sebelum Izrail mengekori kamu senyap-senyap.
untuk menarik roh kamu kembali ke barzakh...

No comments:

Post a Comment