Sunday, February 19, 2012

kuch-kuch hota hei.


Jumaat lepas.
Minggu ini.
Siapa tau untung terasa.
Insan terpilih merasa.
Jumaat lepaslah.
Waktu ku sibuk menyusun bantal anak-anak.
Waktu itu jugalah, mataku terpaku pada Al-Hijrah.
Selepas satu-satu kisah Nabiku disiarkan.
Mula-mula video klip Lau Kana Bainana.
Menung aku.
Hingga kak wahida hairan melihatku begitu.
Kemudian Ustaz Don.
Menung juga aku.
Bertakung pula air mataku.
Seolah-olah ku merasa setepatnya perasaan kasih terdalam buat Nabiku.
Kemudian ayat-ayat Qur anul Karim dipaparkan.
Tiba-tiba ku teringat Kuch-kuch Hota Hei.
Apakah yang menyebabkan Anjali tak sabar-sabar mau menyambut befdey nya?
Tentu saja SURAT ibunya.
Apa pula ibunya mau ceritakan masuk usia tahun ini?
Apa pula pesanan ibunya kali ini?
Ibunya kan telah lama meninggal, tapi ibunya meninggalkan surat-surat.
Untuk Anjali tiap-tiap tahun kelahirannya.
Bila ku bandingkan dengan Al-Quran, bukan kah konsepnya juga sama???
Allah menceritakan cerita-cerita di dalam kitab mulia itu.
Satu-persatu Allah turunkan.
Bukan sekaligus.
Melalui Nabi Muhammad s.a.w, surat-surat itu diturunkan.
Surah adalah surat.
Surat adalah surah.
Sama bukan?
Setiap apa yang mengikut Al-Quran adalah terbaik.
Allah ceritakan setiap satu.
Penerangan dari kita lahir, sehingga kiamat.
Pesanan melalui hukum-hakam.
Malah sehingga pengajaran kisah Abu Lahab.
Allah tinggalkan kita pesanan yang ringkas, padat & tanda tanya.
Ayat-ayatnya perlu kita rungkai dengan aqal di otak kita ini.
Maka aku terharu.
Lalu takungan air mata ku, ku seka.
Tak mau kak wahida nampak.
Malu.
Saat inilah ku terasa.
Terasa rindu sangat akan Utusan Allah yang itu.
Entah..rasa seolah-olah masih ada, seolah-olah sudah lama tidak temu.
Maka rindu bertamu..
Bertakung lagi air mataku.
Seka lagi.
Tidak sabar-sabar aku mau bewuduk, menatap melafaz setiap perkataan Al-Qur an.
Ku melafazkan sebelum ini.
Membacanya sebelum ini.
Belum pernah merasa rindu sebegini.
Ku membaca bait-bait Quran.
Serupa macam Nabiku baca.
Ku terharu.
Ku membaca ayat-ayat peninggalanNya.
Ku melafaz bait-bait wasiatnya.
Beruntungnya aku wahai bantal-bantal..
Terasa seolah-olah Nabiku itu bercakap padaku, memesan padaku….
Indah terasa, merasa begitu.

2 comments: