tulisan hati seorang psikologis yang hanya pandai meluahkan entri jika hati berasa sesuatu.
Thursday, June 28, 2012
saya memang begini...
bukan tak berani cakap..
bukan takde idea mengayat..
bukan takut bersuara.
bukan bisu.
cuma, saya memang begini.
saya faham perasaannya bila ditegur depan-depan.
saya faham perasaaanya bila kata dibantah mentah-mentah.
saya faham perasaannya bila debat bertikam lidah.
maka saya diam...
diam dahulu...
tak mahu membuka pekung sesiapa..
kerana saya faham perasaannya,
bila pekungnya dibuka..
maka saya lebih suka diam..
simpan saja rasa sengsara itu sendiri..
simpan saja rasa perit itu sendiri..
simpan saja rasa hempedu itu sendiri..
mungkin ada yang prihatin bertanya mengapa?
barulah saya bercerita dengan muzik sendiri.
tidak pandai berkata dusta.
terus terang saja bila ada yang menanya.
saya memang begini.
tidak pandai pamer rasa sedih.
tidak pandai pamer rasa benci.
tidak pandai pamer rasa dasyat seakan-akan mau mati.
sebaliknya saya senyum ketawa.
mungkin itu cara saya hiburkan hati.
saya yakin, Allah Maha Tahu, yang sering beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
saya memang begini...
Labels:
psychology
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Allah mengetahui.. :)
ReplyDeletesetiap apa yang kita rasa...:')
ReplyDelete