Monday, November 19, 2012

terlalu besar lukanya



entri hanya wujud bila hati terasa luka
baru pandai mengolah kata
baru pandai tarikan jari meluah rasa

cuba rasa suka
langsung diam kosong jenaka

kini jari pantas melompat-lompat menekan 
itu tanda hati kecewa
itu tanda hati marah
kali ini marah pada diri
yang macam...
kali ini kecewa pada diri
yang entah mengapa membuat silap
usaha terasa banyaknya
usaha terasa lelahnya
maka hati terluka
terlalu besar lukanya
kerana mulut dan lidah gagal mengalunkannya
bacaan quran di depan penilai
gugup
kecut
alasan mudah
sukar diterima
bukannya jarang-jarang mengalunnnya
hari-hari
mengapa lah begitu hai diri..
maka pilunya hati
nangesku ketika mengangkat  takbir
terasa syahdunya..
terasa sedihnya wahai Ar-Rahman..
terasa kecewanya wahai Ar-Rahim..
lama ku baru capai meredha
ada rahmat disebaliknya
kucuba-cuba memujuk hati.

No comments:

Post a Comment