Friday, March 25, 2011

merenung tahun semalam

hari itu saya mencari.
mencari ruang. lapang. tenang.
mesti ada angin yang laju.
mesti sejuk angin lalu.
mesti ada laut.
lalu terjumpa. JETI.
situ paling disukai.
ya, jeti.
saya lihat begitu banyak bot yang parking.
ada titi besi yang memangku bot-bot itu.
nampaknya air pasang. dalam.
tebing separuh tenggelam.
masyaAllah...sedapnya angin.
nyaman.
sekali, ada bot laju memecut.
ombak datang bergulung-gulung.
cantik.
sinaran matahari yang memanah ombak.
terpancar silau yang maha cantik.
saya begini..
rupanya begitu tenang setelah terjumpa air. laut.
teringin rasanya saya belayar.
walau berenang sering gagal timbul.
lalu saya terkenang...
apa mungkin jodoh saya ditemukan di laut..?
haih..duyung lelaki ya yang datang, hehehe.
saya tertawa sendiri.
mengenang takdir diri.
bukan meragui, cuma merenungi hakikat hikmah tersembunyi.
saya memilih?
tentulah..papa anak-anak saya nanti pasti tegas mendidik solat.
papa anak-anak saya nanti pasti tegas mendidik menjadikan anak-anak itu manusia sebaik-baiknya.
papa anak-anak saya itu, pasti benar-benar menerima saya seadanya saya.
maka saya harus memilih.
iya, saya tidak sempurna.
saya tidak mencari kesempurnaan.
cuma saya mencari yang beriman....
cuma saya mencari yang melihat saya seadanya teman....



alhamdulillah..Tuhan itu dekat..
Dia mendengar..
Dia menganugerahkan saya seorang teman..
sepenuhnya seperti yang saya doakan..
yang baik itu pasti sukar dimiliki bukan?
pasti ada jutaan halangan.
itu dugaan.
pemberian Tuhan.
maka saya terkenang...
dugaan tahun semalam yang maha hebat menghempas.
hampir-hampir buat saya lemas. hanyut hilang.
Allah itu menarik saya dengan saki-baki iman.
agar saya hidup terus sehingga saat ini.
hikmah itu yang saya jumpa.
hikmah manisnya iman...
alhamdulillah, dengan usia semuda ini..akhirnya saya ketemu..hikmah manisnya cinta-MU wahai Allahku..
maka dengan segala kekuatan itu, saya pasti menang mengharungi dugaan pada kali ini.
semoga, Kamu merestui hubungan saya dengannya wahai Tuhanku..
kerana Kamu menemukan saya dengannya,
seorang Second Officer Johor Shipyard Engineering, Nautica Maharani di Lumut...

No comments:

Post a Comment