dari awal-awal lagi saya mahu sampai hasrat hati.
AZAM tahun baru buat motivasi diri.
tapi itulah tapi.
ada saja entry luahan hati.
haih.
baik.
awal-awal lagi.
saya mahu saya diterima.
oleh Pencipta saya.
Pemilik Nyawa saya.
kerana dulu saya banyak cela.
maka saya berupaya sehabisnya.
buang segala noda.
buang segala dosa.
agar saya diterima.
saya harap saya diterima...olehNYA.
itu azam utama.
(sudah masuk bulan 3, baru berazamkah?) haih.
tidak sahabat tidak..
azam itu sudah lama ada.
terpahat dalam hati jua.
namun tidak pernah diluah.
tidak pernah didedah.
cuma diam di dada.
azam kedua?
saya mahu berhijrah.
saya mahu berpindah.
saya mahu jelajah.
saya mahu.
bukan tidak mahu endah bunda ayah.
bukan tidak mahu endah rumah.
bukan begitu.
saya cuma mahu bernafas sendiri.
tak mau dibantu-bantu lagi.
cukup-cukuplah tidak mempercayai.
saya ini sudah besar..
sudah cukup dewasa..
sudah cukup ranum..
sudah cukup matang..
tolonglah mempercayai saya..
seadanya saya.
maka, lepaskanlah saya bunda, ayah..
tidak bererti saya tidak sayang,tidak setuju..
tidak bererti saya tidak hormat, membantah..
pernah saya begitu sebelum ini da, yah..?
pernah saya begitu..?
kamu mungkin berasa begitu, kerana diri saya direndah-rendahkan..
kamu mungkin berasa begitu, kerana diri saya dilekeh-lekehkan..
kamu tentu berasa begitu, kerana percaya kamu pada saya hampir tiada..
kerana percaya kamu pada saya tiada..
maka kamu begitu..
saya tidaklah berang, sama sekali tidak da, yah..
saya cuma diam..
itu saja yang saya mampu..
itu saja mampu..
saya ini mau da, yah senang.
senang seadanya senang.
itu saja niat saya da, yah..
itu saja.
maka, untuk itu.
saya harus pergi menjelajah dunia ciptaan Tuhan.
yang paling menjanjikan rahmat dan berkat.
kepada sesiapa yang berusaha.
itu syarat berjaya bukan?
andai dalam saya mengharungi dunia itu,
saya bertemu dengan seseorang sebagai bakal imam solat-solat saya.
saya mohon, terimalah seadanya ya..
No comments:
Post a Comment