Monday, April 18, 2011

merenung kuala lumpur berhujan.

mulut rancak mengunyah keropok perisa ketam.
nyaman rasa.
berdiri di tepi tingkap.
merenung melihat hujan.
gayat juga ya melihat ke tanah dari tingkap 8.
sayup-sayup sana. 
kuala lumpur dalam kabur.
kuala lumpur dalam samar.
ya lah, hujan.
lebat teramat.
saya lihat tapak pembinaan itu.
ayah..
ya ayah.
ayah bekerja seperti itulah.
harapan saya agar ayah baik-baik aja ya.
tapak itu masih membuat ceracak dan basement.
apa juga ya yang dibuat kakak-kakak cleaner itu ya?
hari kan hujan, duduk-duduk aja di situ.
hentikan saja kerjanya kak.
rehat dulu.
iyah..jika kita bekerja punya arahan.
jika kita bekerja itu punya sejarah.
jika kita bekerja itu punya guideline.
jika kita bekerja itu punya rujukan.
jika kita bekerja itu punya sinopsis.
jika kita bekerja itu punya baki.
tentu saya tidak termenung begini sahabat.
iya lah, saya pening memikirkan objektif syarikat.
saya juga pening memikirkan susunan fail yang berselirat.
saya juga pening memikirkan agihan fail.
saya juga pening memikirkan stok.
saya juga pening memikirkan akaun syarikat.
segala saya perlu fikirkan.
iya lah, saya kan admin manager.
memanglah segalanya saya fikir.
sendirian.
pokoknya, saya dahulu bekerja.
diberi arahan.
ada saja memo.
ada saja emali.
menyuruh itu, menyuruh ini. 
kemudian, ada step by stepnya.
folo aja.
iya. mudah bukan?
kini keadaannya berbeza.
segalanya saya.
saya juga.
saya cuma ingat satu.
bos saya mesan, "buat aja, janji yang mudah bagi kamu".
tentunya, yang ringkas itu lebih sukar ya.
haih, kamu kerja! 
berani-berani aja ya mencabar kewibawaan saya!
apa kamu tidak takut sparring sama saya? haa?
sedikit pun saya ini tidak gentar sama kamu tau tak!
pasti kamu saya bereskan! 
lihat sajalah!

No comments:

Post a Comment