tulisan hati seorang psikologis yang hanya pandai meluahkan entri jika hati berasa sesuatu.
Saturday, August 27, 2011
air mata di hujung ramadhan
terima kasih mr.maher zain.
lagu kamu sering memujuk hati aku.
petang itu matahari terbenam.
matahari terbenam dalam awan.
awan yang berbalam-balam.
aku melihat sayup-sayup dari tingkat sepuluh.
di bawah, ramai kanak-kanak bermain di taman.
menunggu mak panggil baru mau masuk agaknya budak-budak nie..:)
aku masih berdiri di tingkap.
bukan sengaja menghirup udara senja.
bukan juga sengaja berdiri-diri.
aku cuma mau melihat matahari.
melihat juga banyak petak-petak kosong parkir.
ramai juga yang sudah pulang.
aku juga yang belum pulang-pulang.
lalu aku duduk di hadapan rezeki berbukaku hari ini.
menunggu gema azan.
tiap solatku.
doaku tidak putus-putus merayu memohon.
agar doaku semalam dimakbulkan.
agar doa kelmarin diperkenan.
hati susah.
hati gundah.
wahai hati yang lembut.
wahai hati mendengar kata.
sabarlah wahai hati.
Allah bersama orang-orang yang sabar.
air mata mau tumpah.
ku seka.
jangan lah kamu tumpah lagi wahai air mata.
cukuplah bergenang saja di kelopak.
berdenyut perit urat kepala jika kamu tumpah lagi.
sakit..
jangan lah kamu tumpah yea. :'(
doaku pasti didengar.
doaku pasti dipandang.
doaku pasti didoakan juga oleh ayah bunda.
doaku pasti didoakan juga oleh sahabat.
terlalu banyak cecitaku rancang.
terlalu banyak harapanku bentang.
bukan untukku.
tapi untuk keluargaku.
bagi mereka senang.
bagi mereka lapang.
bahagia.
ya Allah...ku merayu padaMu wahai Tuhan yg Maha Kaya.
Tuhan Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu.
Tuhan Penentu segala takdir.
tolonglah hambaMu ini.
tolonglah aku ya Allah..
tolonglah aku..
air mataku di saat hujung ramadhan.
bukan tidak sudi menyambut awal syawal.
cuma aku malu menyambut syawal.
kerana imanku belum sempurna dalam ramadhan...
Labels:
hati berasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
dah la.. jangan nanges lagi..... :D Allah sentiasa bersama2 dengan hambaNya... ingat tu yer? :)
ReplyDelete