Sunday, August 7, 2011

mudah saja topiknya, walau bunyi agak bosan tapi seolah2 tiada kesudahannya.


pandanganku kabur. sebab itulah wajib pakai spek..
asalamualaikum wbt & hai.
*alah, tolonglah usah hide/minimize browser di skrin kalo staf/bos/pegawai/PT yang lalu kat depan korang. kite bukan sembang kosong pun, kite sedang berdiskusi mengenai issue semasa secara maya: katakan begitu jika ditanya kay (kalo berani lah ^^,)

issue nya begini.
operasi syarikat aku, 100% menggunakan elektronik. dari surat-menyurat sehinggalah systemnya. justeru itu, ahli-ahli syarikat adalah terdiri daripada segenap lapisan masyarakat iaitu dari golongan muda sehinggalah tua. apa yang menjadi issue nya adalah tidak semua golongan tua celikl IT.

INILAH ISSUE NYA SEKARANG.

maka, aku sebagai orang tengah antara ahli dengan syarikat yang berkolaborasi dalam suatu sistem, mengalami gangguan yang menyebabkan kesemu ahli terkena tempiasnya.
aku bagi satu contoh: Borang Pendaftaran.
persoalannya sekarang adalah: bagaimanakah kesemua ahli boleh dapatkan Borang Pendaftaran tersebut?

*majoriti ahli adalah masyarakat berpendapatan RM18,000 setahun dan hidup di bandar lebih 100,000 dan bandar   kurang 10,000 penduduk sahaja
*penggunaan bahasa melayu 100%
*mereka tiada email.
*mereka tiada laptop/PC di rumah
*mereka tiada talian internet/broadband

berdasarkan maklumat bertanda abstrik di atas (*), bagaimanakah kesemua ahli boleh dapatkan Borang Pendaftaran tersebut?

itulah yang aku memikirkan solusinya dari hari pertama aku mendapat task menguruskan Bonus para ahli. jika aku sebagai pengguna, jika aku seorang tua kerepot yang tidak celik IT, aku mesti call admin (aku le tu) dan minta poskan borang tu ke alamat rumah.
#nak, poskan yea boghang dafetar tu ke ghomah opah yea. opah idakle gheti nak pegi C.C. nak bjalan lutut lengoh2.
*emm, opah, opah ade email tak? saye send kat email..
#nak kene pelempang ke kamuuu...udah aku suroh pos, pos jele. susah beno ke?!

>kan dah kene maki...=='  yang tukang layan opah tu pun satu, dah opah tu cakap pos ke rumah, sah-sah la opah tu takde email. kalo ade email, jap2 tu jugak die gtau dah, kan..haih.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
oke, berbalik kepada persoalan issue, bagaimanakah......?
kalo opah2 tu camnie, aku senang hati ;)


same2 lah aku yang kene pk kan sendiri solusinye =='




1 comment: