*saya hanya mahu menolong kepada kamu yang tidak tahu memilih membuat pilihan yang remeh tetapi besar kesannya...saya bercerita berdasarkan pengalaman peribadi sendiri..hanya mahu membuktikan akan benarnya janji Allah yang mengabulkan doa hambaNya yang bertahajud dan solat hajat di hujung-hujung malam...*
pada suatu ketika.
phone nya meragam.
langsunglah saya tak dapat contact.
dia juga begitu.
sudahlah saya perlu berurusan dengannya.
urusan apa?
adalaaaah..
tidak ada cara lain lagi.
bagaimanalah saya mahu menghubunginya.
mahu saya call, itu number babanya.
saya perlu mohon izin daripadanya.
tidak mahu memandai-mandai.
tidak ada cara.
tidak ada cara.
langsung tidak ada cara.
pos saja surat ke alamat rumahnya.
tapi yang mana satukah cara yang elok ya?
call baba nya atau pos surat saja ya?
buntu.
saya mengadu pada Allah.
bertanya padaNya.
bagaimana caranya ya Allah.
jika saya call, bagaimana ya?
jika saya tulis surat pula bagaimana ya?
saya buntu.
sangat-sangat buntu.
4 minggu berlalu.
saya mohon doa tanpa jemu.
saya selang selikan dengan surah yassin.
lalu saya hadiahkan buat arwah ibunya.
saya selang selikan juga dengan tahajud dan solat hajat.
tak semena-mena air mata turun.
setiap kali berdoa.
air mata turun.
sedih sangat rasanya.
sebaknya rasa.
apakah sebenarnya yang berlaku ya Allah..
Kamu sajalah yang Mengetahui..
Maha Mengetahui..
saya merayu mohon pertolongan.
ya Allah tolonglah aku.
ya Allah kesianlah aku.
ya Allah bantulah aku.
4 minggu berlalu.
jumaat malam saya bermimpi bertemu dengannya.
lalu saya terjaga.
jam 5suku pagi.
mimpi saya mimpi yang benar.
seronoknya tak tahu nak kata.
lekas-lekas saya berwuduk, lalu bertahajud dan bersolat hajat.
syukurnya ya Allah, dia selamat.
sabtu malam pula saya bermimpi.
jam 4.50pagi.
ya Allah, mimpi ini juga benar.
bertemu lagi dengannya.
anehnya mimpi kali ini.
sepertinya satu petunjuk.
agar hubunginya juga.
call nya juga.
call siapa?
baba nya.
saya menung dari subuh hingga ke zohor.
bengapnya saya.
bodohnya saya.
ya Allah, ilmu ku dangkal, akalku cetek.
langsung gagal menafsir mimpi.
benarkah saya harus call baba nya?
benarkah? betulkah?
saya ragu-ragu.
betapa aku ini hambaMu yang amat bodoh ya Allah..
tolonglah aku ya Allah..
waktu itu saya di dapur memasak.
tiba-tiba phone saya berbunyi.
alhamdulillaaaaaaaaaaaah..
Allah makbulkan doa saya.
*maka benarlah mimpi itu petunjuk..dalam bahasa mudah, Allah memberitahu saya hubungilah dia dengan telefon..bermaksud hubungi baba nya. cuma saya yang ragu-ragu kerana apabila menerima jawapan langsung daripada Allah Tuhan yang Maha Mengetahui segalanya, saya terpinga-pinga..seakan tidak percaya..maklumlah..saya ini hambaNya yang banyak dosa lagi hina di sisiNya......maka benarlah ya..Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...astaghfirullah..*

No comments:
Post a Comment