soalan ialah esei.
sila jawab semua soalan.
kalau 5 soalan, lima lah ujiannya.
kalau 10 soalan, 10 lah hidup diuji dengan ujianNya.
tak mau bercakap berbahasa-bahasa rasanya hari nie.
kamu kenal Roza Roslan? penulis buku Travelog Cinta Abadi?
bacalah..syok meniti perjalanan hidupnya.
kemas.
teratur.
seperti hendaknya hati.
itu hidupnya.
bukan hidup seperti saya.
entah.
tak sama.
hidup yang kita mahu.
tak jadi seperti hendaknya hati.
saya dapat tangkap satu di sini.
kesilapan besar yang saya buat.
sebab itulah hidup tak seperti hendaknya hati.
saya amat taat pada kedua orang tua saya.
amat taat.
sehingga mendapat cop mohor "lurus bendul".
saya tak pernah melawan cakap.
lama-lama, sifat saya tak terbendung lagi.
saya perhati, sifat sabar mulai hakis.
oleh rasa kepercayaan diguris.
saya perhati, mereka melampau.
amat melampau.
saya tersisih.
akhirnya saya nekad.
menjawab meluah segala rasa.
hingga hidup dilanda gelombang yang amat dasyat.
dasyat.
jangan tanya apa.
saya akan terbitkan buku mengenainya.
sebagai peringatan buat anak-anak muda yang diuji hidup seperti saya.
sebagai panduan mengatasai agar tidak sengsara seperti saya.
hampir-hampir saja diri ini hilang nyawanya.
yang pasti bukan cerita cinta.
tapi cerita menggendong nyawa.
yang tentukan syurga neraka.
hikmahnya...
terlalu awal untuk saya konklusikan.
terlalu awal.
solat hajat masih berbaki 16 hari lagi daripada 40.
namun, bahang bahagianya terasa.
seolah-olah akan menjelma saat itu.
bukankah Allah, turun ke bumi di hujung-hujung malam?
Dia turun bagaimana, usah pening memikirkannya.
saya pun tak tahu.
yang saya tahu.
Allah turun ke bumi.
hujung-hujung malam jam berapa?
entah.
Nabi kata di 1/3 malam.
Ustaz Kazim huraikan 1/3 malam ialah hujung-hujung malam.
Hujung-hujung malam sebelum solat Subuh lah. kan?
Jam 5pagi. 5.30pagi. begitulah kefahaman saya.
yang tidak sepandai mana.
maka, saya bertahajud.
kemudian, bersolat hajat.
apa yang saya minta?
adalaaaaah..mana boleh bagitau, hehe.
kan saya dah kata.
takdir hidup manusia.
nasib manusia.
tidak pernah sama.
takkan pernah sama.
ujian Allah bagi.
amat sesuai dengan kesanggupan kita.
walau kadang-kadang rasa perit sengsaranya.
terlupa memohon doa mungkin.
jadi, jika kamu sengsara.
sabar dan redha Allah sebagai Tuhan.
Dia yang bagi ujian hidup.
kepada Dialah kita adukan.
jangan jadi bodoh dengan melawan.
menentang Tuhan.
jangan jadi bodoh.
duduklah sebentar.
fikirkan.
mahu ke manakah hujung nyawa nie dibawa pergi?
diseksa diazab di saqar?
ataupun di bakar di wail?
atau direntungkan disiat-siatkan kulit di jahannam?
atau makan hati ikan paus yang lazat di firdaus?
atau terbang ke pasar malam di na'iim?
atau bertemu si bidadari kacak bermata biru di darussalam?
fikir dalam-dalam.
kita mulakan apa yang dihujungnya.
segala apa yang berlaku.
yang mengecewakan.
yang mengguriskan.
yang menyakitkan.
redha Allah sebagai Tuhan.
cari ketenangan hati dalam tahajud.
mintak tolong dengan solat hajat.
tawakal.
serah segalanya pada Allah.
Allah pasti makbulkan.
keajaiban berdoa.
keajaiban bertawakal.
pasti berlaku.
sehingga kita berasa takut.
sehingga kita rasa tak percaya.
akhirnya sengsara lenyap.
bahagia yang tak pernah kita sangka-sangka pula yang kita dapat.
tak sangka-sangka.
bahagianya rasa.
jangan lupa sujud syukur.
berterima kasih kepadaNya.
sampai basah telekung.
sampai lembap sejadah.
tak apa.

No comments:
Post a Comment