baiklah. saya mau berkisah.
mau dengar, dengar. tidak mau, sudah.
tet! kan terkena, hehe.
kamu saya membicara tentang orang.
kamu suka dia.
kamu benci dia.
kamu rindu dia.
kamu kagum dia.
orang jualah kita bicara.
orang kamu suka, kamu suka.
orang kamu suka, kamu sayang.
aih. kenapa pula kamu benci dia?
kamu sambung cerita.
kamu benci bukan apa.
benci dia mulut tempayan.
benci dia suka kentut.
binci dia pinjam sudu tak pulang-pulang.
benci dia markah cemerlang.
benci dia tak tunggu makan.
benci dia tak jenguk datang kamu demam.
benci dia tak bagi present pada hari jadi.
benci dia pakai blackberry.
benci dia berkereta honda.
benci dia kaki bersalut vincci.
benci dia berbulu mata melentik.
aih, sumua kamu benci.
pa hal kamu busuk hati?
kamu kamu..
kamu membenci orang yang sama saja macam kamu.
maka kamu indahkah?
kamu jawab tidaklah.
nyata kamu dengki.
bukanlah. kamu nafi.
kamu..dengar, ceraplah kata-kata saya.
saya tidak bijak. biasa-biasa saja.
saya muda. garam? banyak sudah saya telan.
kamu nampak saya tiada apa-apa.
saya pandai menyorok. maka kamu buta.
begini kamu..
kamu saya lain. beza jauh.
kamu suka chicken mC deluxe.
saya suka zinger burger.
saya lain. kamu lain.
rambut kita sama hitam.
hati lain-lain.
fikiran apalah lagi.
lain kamu fikir. lain saya fikir.
itu bukti Tuhan Maha Hebat.
itu bukti Tuhan Berkuasa Atas Segala Sesuatu.
maka, dijadikanNya kita berbeza-beza.
maka itu, jangan kamu benci saya.jangan saya benci kamu.
Tuhan tidak suka.
Tuhan murka.
saya berlagak mau bertanya.
mana bukti ramadhan kamu?
harusnya, kamu maafkan saja saya.
saya maafkan saja kamu.
mudah bukan?
semudah telan air liur masuk kerongkong.
oke, kamu memaut tangan saya.
lepas tu apa?
kamu, maafkan saya ya?
ya..sebelum kamu lahir lagi saya maafkan sudah.
aih. berlagak pula bunyi.
katalah begini..teman, yang sudah tu, sudahla..:) saya tak tau apa yang harus saya maafkan, kerana kamu tiada salah apa-apa sama saya..:)
maka, alam senyum kembang.
melihat teman yang sayang-menyayang.
bila tertanya bukti ramadhan kamu apa,
kamu bermaaf-maafan..itulah bukti ramadhan kamu.

No comments:
Post a Comment