Monday, October 25, 2010

menilai orang yang bernilai



menilai orang yang bernilai
ramai orang saya kenal.
1, banyaaaaaaaaak-banyak.
2, jarang-jaraaaaaaaaang.
3, kad.dang-kad.dang.
4, sikit-siiiikiiiiiiiiiiiiiiiit.
hah.
ramai orang yang saya jumpa.
4 jenis semuanya.
tapi entah.
suka nya hati saya orang keempat.
bilangannya sikit.
orang yang sikit ini hatinya baik.
orang yang sikit ini memaafkan saja saya yang jelek.
orang yang sikit ini memahami hati yang rumit.
orang yang sikit ini lah.
saya susah.
ada lah mereka.
saya senang.
ada mereka.
saya tenang.
ada juga.
saya bungkam.
lebih-lebih pula mereka ada.
sweet bukan?
maka saya menilai orang.
maka saya berkeputusan.
oke. orang yang keempat ini jiwanya kaya tau tak.
kaya sangat kaya.
orang kaya pun tidak sekaya jiwa seperti mereka.
jiwanya bersih.
jiwanya putih.
maka timbul sayang.
yang lain-lain tu.
sayang juga.
cuma sayang orang keempat.
sayangnya jika mereka pergi dulu.
pergi mana kamu tanya.
pergi kepada Pencipta jiwa lah. :)
sayang mereka seperti sayang nyawa saya.
mereka bukan keluarga.
mereka bukan saudara.
mereka cuma sahabat.
sahabat yang saya rasa keluarga.
keluarga sepatutnya begitu bukan?
namun masih ada yang buruk sangka, :(
sedih bukan?
jalannya, biarlah. 
belum ketemu nur hidayah mungkin.
keras hati mereka tu, alah-alah, sangat kasihan.
orang yang keempat itu.
berbeza-beza rupa.
tapi 1 saja pasti.
kaya jiwa, miskin rupa.
ops! usahlah terasa.
dengar dulu.
mereka berambut kerinting.
tapi hati mereka lurus.
badan mereka debab (seperti saya) :D
tapi niat mereka kurus.
mereka juga sangat lah naif.
tapi akalnya cerdik.
bagaimana mau saya kata ya..
begini.
mereka menolong, ikhlas. 
niat mereka kurus kerana hanya mau pahala Tuhan.
maka niat mereka kurus.
tidak pernah minta dibalas.
walau ucapan balas.
lurusnya hati mereka.
membawa saya ke jalan seperti dirancang.
bukan menyimpang.
walau kadang.
cerdiknya akal mereka.
memahami fikiran kusut.
membantu tanpa disuruh.
menyayang tanpa segan.
walau naif rupanya.
akalnya tajam.
perhatikan orang.
perhatikan keadaan.
menghulur tanpa diminta.
ajaib bukan?
berani menyentuh saya.
lalu bercerita.
wahai sahabat, kamu sedang silap.
saya diam..mendengar.
silap apa yang kamu buat tu sahabat.
dia menerang, suluhkan hati yang karat.
oh..begitu..baiklah. 
terima kasih bagitau ya sahabat.
saya tenung ayat-ayatnya.
benar juga.
maka saya ubah.
saya terharu.
sahabat baik umpama cermin.
disuluhnya mana silap.
orang yang keempat ini juga.
ada yang diam tanda geram.
diam tak bercakap-cakap.
sampai saya heran.
kenapa sahabat? kamu diam. apa salah saya ya..?
dia diam lagi. berat mau mengatakan. mungkin.
maka saya fikir.
apa salah saya hari ini wahai Tuhan..
sampai dia tak mau bercakap dengan saya..?
tiadalah saya tau..
benak juga saya ya.
maka saya buat dia ketawa.
saya pandai buat orang ketawa.
orang jenis keempat lah saya.
itu sifatnya.
pandai berjenaka.
sedang ketawa, dia mencelah.
heh, kamu janganlah begitu lagi okei?
yang mana yang mana?
yang itulah, :)
oh, baiklaaaah, hehe.
maka selesai.
lihat. betapa sayangnya orang jenis keempat.
tidak lokek menegur.
tidak lokek belanja.
tidak lokek mencerap.
tidak lokek bercerita.
tidak lokek buat saya ketawa yang duka.
tidak lokek tazkirah juga tau tak. :)
wah. jangan lah mainkan perasaan orang keempat.
mereka ini jujur tau tak. 
mereka ini baik tau tak.
kamu ameklah kesempatan ke atas mereka, siaplah saya kerja kan!
ingaaaaat. :|
baik bagaimana kamu tanya?
begini..
kamu lapar..
cepat2 dia masakkan.
sedap tau tak.
kamu menangis..
dia duduk belakang kamu..menepuk2 badan kamu.
atau pun dia memaksa kamu meluah rasa.
setidak-tidaknya dia bertanya kamu.
kenapa menangis sahabat?
kamu bercerita itu ini itu ini.
dia akan tolong kamu apa saja tau tak.
tolong bagaimana?
tolong segala. 
SEGALA-GALANYA. tau tak.
itulah kebaikan mereka.
sedangkan ucapan terima kasih pun mereka tidak mau.
inikan pula mau dibalas dengan yang lain.
namun saya degil.
tetap mau membalas juga.
maka saya cepat2 bayarkan bil makan ketika dia mencuci tangan.
atau ketika dia hegeh2 membuka dompet.
saya bijak bukan, :)
sudahlah baik.
bagus pulak tu.
saya tiada apa-apa lagi mau membalasnya.
maka saya sebut nama-nama mereka.
dalam doa saya.
saya minta sangat-sangat.
Tuhan memberi kebaikan kepada mereka.
kebaikan apa sajalah yang menyenangkan mereka.
saya minta sangat-sangat.
Tuhan mengampun dosa-dosa mereka.
dosa apa sajalah yang merisaukan mereka.
saya minta sangat-sangat.
Tuhan melindungi mereka.
lindungkan dari apa saja lah yang membahayakan mereka.
saya minta sangat-sangat.
agar Tuhan memakbulkan doa-doa yang mereka pinta...
apa sajalah yang mereka pinta yang mereka idam.


ada juga saya pinta.
agar kami dipertemukan dalam syurga.
biarlah saya syurga di bawah sekali.
tak apa.
asalkan, mereka bersyurga lebih tinggi dari saya, :)
kerana sayangnya saya kepada mereka begitu lah.
biarlah mereka lebih.
saya kurang tak apa. :)




 

No comments:

Post a Comment