pertama kali jejak.
manusia putih. manusia coklat pekat. manusia kuning cair.
manusia pelbagai. ragam karenah.
aku mabuk air. takut air. air pernah cuba makan aku..dulu.
aku agak sengal. mau rasa dimakan air. maka, paksa diri datang.
oleh date yang tertangguh. dulu pernah nak datang tapi duit tak cukup, ;)
oke. acara pertama!
waters of africa| berpusing-pusing laju dalam perut ular sawa afrika!
oke.tunggu turn. tunggu dan tunggu. geli hati tau tak. aku dengar suara mereka yang gayat menjerit! sesekali senyap. kemudian jerit balik. kuat! lagi geli hati, suara yang aku dengar, tak muncul2 keluar dari lubang lagi. sesekali aku ketawa bersama-sama penunggu yang memegang DSLR. menunggu merakam mulut besar menjerit lah tu, hik3.
mata tumpu pada lubang keluar dari sawa. yang pasti terjahan yang memercik.
sudah tentu besar ombaknya.
kan!!! itu pun mereka!!! hah, ambik kau!! hahahah!!! ketawa gayat, kecut perut tak sudah.
aku lihat dibarisan beratur. semuanya nak merasa masuk dalam perut sawa yea. hehe.
seorang daddy bersungguh-sungguh mahu membawa 2 anak lelaki masuk. dadanya berbulu, kerinting2, euw. macam orang arab, kot. anak2 nya kembar, sama tinggi. tapi sayang, tak cukup tinggi. jenuh la lifeguard menjelaskan dengan bahasa inggeris bersepah. mengharap daddy tadi tu, faham, atas dasar keselamatan.
sesekali si anak menjingkit-jingkitkan kaki, nak cover ayah yang tengah back up yang anak-anaknya setinggi 1.1meter. datang seorang lifeguard, ingin tahu akan perdebatan yang belum sudah. dia masuk campur. ketua unit mungkin. berkaca mata hitam.
si daddy kesal..membawa anak ke tempat yang lain pula, mungkin zulu walk yang tidak kira berapa tinggi.
amusement park | niagara falls flume ride
oke! air sudah-sudah! jemu rasa. jom pegi naik itu, jom pegi naek ini.
mari-mari2!! dengan berkaki ayam, kami berjalan, sesekali berlari, mencari tempat yang ada bentuk macam hammer tu. pusing-pusing tu. alah-alah, ape name nye? ntah! haha! kami redah, kami main. nama tak penting, janji rupa bentuk sebijik macam dalam map. hehe. laaaaa..tomahawk okeeeei, hehe. itu mesti kita tuju. tapi kaki melangkah ke satu tempat lain, salah jalan la.
hurm, macam best! try dulu, hehe. kami berbaris, menunggu giliran. heran bukan..bot tu macam pisang, memanjang, cukup 4 orang. bergerak dalam lorong yang berarus deras, jernih. kiri kanan dan bawah bot tu, ada roda la. aik. kak, lifeguard tu pake remote, elektrik. haa, tengok2, bot tu berenti, bot tu digerakkan balik. bertambah aku tak faham.
laaaa, aku dah faham. cuma dari situ ke sini je ade layer tu. layer tu macam escalator yang rata, getah. mudah menggerakkan bot dari dalam air. sains...
turn kami tiba. aku cuak. air dowh.
oke, bertenang lagi. pujuk diri.
alamak, masuk terowong lagi. gelap. kami dalam bot bertiga, maka cukup lapang meluruskan kaki untuk menolak graviti badan.
faham tak, skang nie kami dalam kedudukan satah condong, ke belakang. macam naik bukit tu. aduh! apelagi! cuak tak sudah! sekali lagi cuba melawan takdir badan. tengok ape jadi sekejap lagi.
tret tetet. tret tetet. tret tetet. badan semakin menegak ke belakang. pegang kuat2!! rilek2!!
puncak, benti jap. DRUUUUUUUUM!!!! meluncur ke bawaaaaaaaaah!!!! kami menjerit gayat bercampur menyumpah! wah, syok gileeeee!!!
tret tetet. tret tetet. tret tetet. hah????!!! lagi???? gileeeeee!!!! ready weh ready!!!
kali ini makin tinggi.
mulut terkumat kamit.
berdoa pada Allah.
baru ingat Tuhan kan.
ada bagus tempat macam nie kan.
DRUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUMMMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!
menjerit lagi kami! gayat macam nak matiiii!!!
memang syok!!! fuh, tobat!!! tanak naik lagi!!! haha!!
sebelum naik roller coaster..
pusing-pusing mencari.
mane lah..
top gun kak top gun! bukanlah, tomahawk..hehe.
haaa, kita try nie la dulu.
naik burung dinosaur pusing2, sampai ke atas langit. tekan-tekan button lagi tekan, haha!!
ketawa bagai, menjerit tak tentu pasal.
dua kali kami meround di atas. sesekali mereka di bawah memandang ke atas.
heran kenapa kami ketawa di atas.
syok okeeei.
kaki gatal melangkah ke sebelah. koboi laju, berpusing2 lagi, tapi kali nie dalam kasut.
euw! gayatla ngok ngek!
redah jela, benda free, ;)
aduhai, menjerit lagi, gayat ke kiri!!!
mini roller coaster mungkin.
budak kecik di depan aku memandang aku yang menjerit bagai.
heran mungkin. haha! sila heran lagi okei, haha!
aku mual, loya, mmmm. tekak payau.
tekak, jangan mengade-ngade boleh tak ah? ish.
aih. macam bes jek. macam eyes of malaysia. mini eyes of malaysia.
aku sempat membetulkan skarf dan tudung semasa di puncak.
lari margin mase main2 kat ayo la nie. hehe.
kak! roller coaster kak roller coaster!!!!
masyaAllah!!!!
kaki aku lemah. tangan aku belum kebah.
tekak makin parah.
aku kuatkan semangat! melawan takdir badan. lagi.
mula2 tanak naik, tapi aku..ntah..rasa nak plak.
okei, kalo jadi pape, tanggung sendiri okei. haha!
....
aku diam. diam sungguh. coaster mula bergerak laju!!!!!!!!!
entah berapa lap. aku meraba dada. jantung masih ada.
nasib. nyawa rasa melayang2.
tolonglah aku dah tak tahan!!!!!!
akhirnya aku menjerit!! lemah tangan aku nak memaut pada besi lagi.
janganlah terlepas!!!!
berpinar-pinar rasa. bergelodak tekak.
aku nak muntah!!!
sumpah nak muntah!!!!!
jalan terhuyung-hayang. berlari mencari tempat redup.
duduk sekejap kerusi panjang di tempat harimau.
masih boleh tahan. jadi tahan.
toilet tutup plak. tengah penyelenggaraan plak.
aduh. wuek! jangan2! tahan2!.
aku memerhati mereka naik masuk ke dalam tomahawk.
semoga selamat.
sempat aku tolong snap 2 gambar.
untuk uncle & auntie entah dari negara mana..
kemudian, tomahawk berayun.
makin lama makin tinggi.
jeritan mereka kuat kepalang.
menyumpah kecut perut, menyumpah gayat.
aku tengok..dan tengok..wuek!!! aku nak muntah!!!
mencari-cari tempat yang sesuai.
untuk selambak muntah.
oke, 1 2 3!!! blueeeek!!!!!
tak aku sedar bila mereka datang mendapatkan aku.
hah! lega.
kuew tiaw goreng, bihun goreng, lontong.
dah hancur. dalam perut.
dah keluar balik.
padan muka.
nak sangat melawan takdir badan.
hasil: muntah selambak.
yek!!!
terima kasih sunway lagoon.
bagi aku muntah kat park korang
haha!!!
[scroll down]
mencari pasal di hujung minggu.
hidup mereka terlalulah susah.
dihimpit pelbagai karenah.
siapa lagi kalu bukan manusia juga durjananya.
tidak mau exam, diberi juga.
tidak mau single, terkena juga.
tidak mau sekolah, terpaksa juga.
maka harus bagaimana ya?
...
oleh itu mereka mencari pasal tak sudah.
kaki tak berselipar berlari mencari.
terkinja-kinja melompat, panas.
termuntah-monggek di celahan pokok.
tersedak-sedak tertelan air ketika jatuh terjelepok dalam kolam air biru.
mereka tidak pula menangis.
tidak pula menyesal.
mereka hanya ketawa, menjerit bagai.
...
maka bertanya hati, itu jika kita melawan takdir badan.
bagaimana jika kita melawan takdir hidup?
semuanya dalam luh MahfuzNya.
kedekut bukan kepalang.
tiada hint kah?
aish, mau senang saja kamu.
nampak tak penumbuk nie? mau rasa?
usahalah sendiri. cari.
nak tau kah di mana?
bisik-bisik, (dalam tahajud, hajat & istikharah di 1 per 3 malam)..
waktu itu, sesiapa saja yang berdoa, Allah memakbulkan doa mereka.
malaikat mengaminkan doa kita.
sifat sebagaimanakah yang harus ada jika mau bangun pada waktu itu?
sifat yang mana, bila disebut nama Allah, bergetarlah hatinya..
kepada beruang cumil 1 & beruang cumil 2 yang berada di tempat kejadian, yang tidak kisah mengaku dirinya gemox seperti aku kerana yakin kami cumil walopun gemox dan percaya gemox itu sexy, haha!!! walopun beruang cumil 2 itu tidaklah gemox sangat tapi beliau tidak kisah menyayangi kami yang gemox. terima kasih kepada beruang cumil 1 dan beruang cumil 2 yang menemani beruang gebu ke lokasi kejadian iaitu sunway lagoon~sayang kamoo!! mmuax!!
[scroll down]
..::tulisan hati::..
itu kisah gadis-gadis.mencari pasal di hujung minggu.
hidup mereka terlalulah susah.
dihimpit pelbagai karenah.
siapa lagi kalu bukan manusia juga durjananya.
tidak mau exam, diberi juga.
tidak mau single, terkena juga.
tidak mau sekolah, terpaksa juga.
maka harus bagaimana ya?
...
oleh itu mereka mencari pasal tak sudah.
kaki tak berselipar berlari mencari.
terkinja-kinja melompat, panas.
termuntah-monggek di celahan pokok.
tersedak-sedak tertelan air ketika jatuh terjelepok dalam kolam air biru.
mereka tidak pula menangis.
tidak pula menyesal.
mereka hanya ketawa, menjerit bagai.
...
maka bertanya hati, itu jika kita melawan takdir badan.
bagaimana jika kita melawan takdir hidup?
semuanya dalam luh MahfuzNya.
kedekut bukan kepalang.
tiada hint kah?
aish, mau senang saja kamu.
nampak tak penumbuk nie? mau rasa?
usahalah sendiri. cari.
nak tau kah di mana?
bisik-bisik, (dalam tahajud, hajat & istikharah di 1 per 3 malam)..
waktu itu, sesiapa saja yang berdoa, Allah memakbulkan doa mereka.
malaikat mengaminkan doa kita.
sifat sebagaimanakah yang harus ada jika mau bangun pada waktu itu?
sifat yang mana, bila disebut nama Allah, bergetarlah hatinya..

beruang gebu.
ReplyDeletebulunya tebal.
cukup hangat untuk menghangatkan sesiapa yang kesejukan.
tangannya besar.
cukup besar mendapatkan ikan buat makan di kala lapar.
giginya garang.
cukup garang menjaga hutan.
hatinya setia.
cukup setia jika bertuan.
dengkurnya kuat.
cukup kuat tanda penat lelah..
menjaga yang tersayang daripada sebarang ancaman.