Bukan degil.
Bukan begik.
Bukan juga ketegak.
Cuma sangsi akan apa yang telah kuselusuri setakat ini,
setakat ini…
Sape kah yang bagi “apa yang telah kuselusuri” wahai hamba
Allah yang satu ini?
Allah-lah, bukan?
**********
MasyaAllah, Astaghfirullah.
Aku sedang menaruh sangsi kepada Pemilik Nyawaku~Allah!
Oke, mari tidak hipokrit sebentar.
Ku berdepan dengan sesuatu pilihan yang tidak inginku pilih.
Pilihan itu, rasaku, tidak sesuai untukku. Rasaku-lah.
Pilihan itu, rasaku, tidak elok untukku. Rasaku-lah.
Ya, bukan kehendak hatiku.
Bukan mahuku.
Sebabnya…
Aku tidak mau susah nanti.
Tidak mau dianiaya lagi nanti.
Tidak mau kecewa lagi nanti.
Oke, cukup-cukup bersangsi wahai hamba Allah yang satu ini…
*********************
Mari bersama-samaku beristighfar.
Astaghfirullahal azim, allazi la ila ha illa, hu wal hayyul
qoyyum wa atubu ilaih…..(tunduk, bersalah).
Aku tahu, Allah itu yang mentadbir taqdir.
Aku tahu, Allah saja tahu, Dia yang menulis taqdirku seperti
dalam Luh Mahfuz.
Aku juga tahu, “Boleh jadi, apa yang kamu benci itu, baik
untuk kamu dan boleh jadi juga, apa yang kamu suka itu, buruk untuk kamu.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak tahu.”
Ya Allah, ya Rahman..
Ampunilah aku, atas kegelojohanku yang ini.
Istikharahku baru satu.
Sudah aku pandai-pandai mengatakan begitu-begini.
Doaku baru lima.
Sudah aku pandai-pandai mengandaikan begini-begitu.
Sesungguhnya Kamu Maha Tahu.
Syaitanlah ni, membisikkan itu-ini padaku.
Mengapa mahu asyik menyalahkan si syaitan itu wahai hamba
Allah yang ini?
Mengapa tidak menyalahkan nafsu sendiri?
Yang letaknya dalam hati bertitik-titik hitam kotor itu?
Perlu suci hati dulu.
Niat kerana Allahku.
Baru jernih hati.
Baru disuluh, diterangi jalan Taufiq Hidayah dengan
Rahmatnya.
Rahmat itu, sukar dapat.
Semoga ku peroleh Rahmat~agar pilihanku tepat.

No comments:
Post a Comment