Monday, December 26, 2011

Sudah berdamai dengan taqdir I




Perlu suci hati dulu.
Niat kerana Allahku.
Baru jernih hati.
Baru disuluh, diterangi jalan Taufiq Hidayah dengan Rahmatnya.
Rahmat itu, sukar dapat.
Semoga ku peroleh Rahmat~agar pilihanku tepat.
Maka untuk sucikan hatiku..
Sujud-sujudku, berbecak sejadah.
Malam-malamku, berbecak juga.
Air mata airku mengalir deras.
Deras kerana apa kamu tau?
Deras aliran air mataku kerana tidak suka sangat dengan pilihanku pada waktu itu.
Aku makhluk.
Perlu akur tunduk akan pilihan Pemberi Roh.
Maka aku tidak suka pilihanku pada waktu itu.
Nangislah aku kerana tidak suka.
Selepas itu wahai sahabat-sahabat hamba Allahku, apa yang berlaku?
Setelah aku akur…bersabar, bersyukur dengan taqdir…, maka aku terkejut!
Satu persatu nikmat ku peroleh.
Bermula dengan “mencabut rumput.”
Kemudian, “memotong rumput.”
Kemudian, “pengumpul rumput.”
Allahu Akbar!
Dalam 3 bulan saja Allah memberiku nikmat~pilihan yang aku-tidak-suka-sangat-tu-lah.
Akhirnya, Ia berupa nikmat padaku.
Sehingga aku jatuh sssssssssuuuuuuukkkkkkka pada pilihanku itu.
Alhamdulillah.
Benarkan, Allah itu Maha Tahu?

No comments:

Post a Comment