Monday, December 26, 2011

Maafkan daku, cukup bagiku Allah cintaku.



Sila jangan bagitau hati.
Yang aku bocorkan rahsianya buat pertama kali.
Hati berkira-kira, separuh hati telah ketemu.
Mungkin pelengkap hatinya.
Namun, hati masih tidak pasti.
Benar ataupun sebaliknya.
Sang hati itu sungguh-sungguh benar tampaknya.
Mau menjadi pelengkap si hati.
Namun, si hati masih mengadu pada Pemberi Ruh Hati.
“Ya Rahman..bagaimana ini..sedikitpun rasa cinta ini tiada pada sang hati itu…cintaku padaMu ya Rahman melebihi segalanya..apakah aku harus mengecewakan hambaMu yang itu?”
Tiadalah ku tau, takat imannya.
Tiadalah ku tau, takat muslimnya.
Tiadalah ku tau.
Mungkin sebab itu bukan kehendakku..
Wahai sahabat, kata sahabatku.
Mau kah kamu ku kabarkan good news untuk kamu?
Whats that ma friend, kataku.
Syurga itu manis bukan?
Maka, jalan mujahadahnya pahit.
Berdakwahlah pada sang hati itu.
Kamu lah tingkatkan takat imannya.
Kamulah tingkatkan takat muslimnya.
Kamu diberi begitu, kerana Allah mentaqdirkan kamu begitu.
Maha Suci Allah yang Maha Tahu Segala Sesuatu.
Maka aku mengira-ngira helaian bulu sejadah.
Berapa kilo pulakah tanggungjawabku kendong kali ini…
Ya Rahman, aku redho, jika ini yang Kamu mau dariku.
Tolonglah aku, jangan dilepaskan urusan ini walau sedetik kepadaku.

No comments:

Post a Comment