Tuesday, November 2, 2010

jemu sudah makan ayam.






jemu sudah makan. 
maka saya ikhtiar.
memikirkan makanan.
masakan italy? sepanyol? jepun? sarawak? eskimo?
sila sedar diri okei. macamlah tahu, kuek~haha!!
berbalik kepada menu. 
peti ais perlu diselongkar. 
kita tengok siapa yang kena!!
siakap+tilapia+salad+lobak+lobak+cili. 
lobak kamu sila beri laluan ya, kamu esok lusa.
hurm..masak apa ya..
lalu saya tanya bunda via mesej, apa ya menu untuk sang siakap.
masak merah kah, nakar saja kah? bakarlah, saya kata, kikikiki.
lalu terkenang. 
waktu camping Taman Rimba Komenwel, Rawang, Selangor. 
separuh pengsan tau tak digigit pacat. banyaklah saya mau pengsan. 
mereka gemox kekenyangan.
hei hei, berani kamu ya pacat. saya leka hidupkan bara api, sampai pedih2 mata kena asap.
kamu senang2 ya hisap darah saya. huh!
di kaki tidaklah heran sangat.
di perut saya tau tak.
di belakang saya tau tak
saya geli tau tak. 
g.e.l.i tau tak hai pacat. ish.
oke, mau bakar ikan, mau bakar ikan, hehe.
maka saya senang merencah air asam.
mau juga rasa seperti kedai makan di padang, seri serdang, serdang, selangor.
kami selalu lunch di situ. kami suka keli bakar cecah air asam.
kami suka.entah. sedap rasanya tau tak!
sapa kami? "kami-lah" :)
baik. rasanya sangat sama. tentu bunda suka.
kak, nak megi..
aih kamu beruang cumil2. sabarlah, boleh? kita makan ikanlah.
aih!
alah kak alah..
suka megi kamu buat. sedap macam semalam tau. heeeee.
aih! sarjan mana kamu beri arahan? huh.
yelah2, :)
laju benar beruang cumil 2 saya hirup.
memuji tak sudah2.
suka benar megi masakan saya.
bukan megi maggi.
bukan juga megi cintan.
mahupun megi ho ho liau.
cuma megi kosong.
megi biasa yang saya rencahkan sendiri.
saya chef kamu tau, haha!!
ikan-ikan ini. kacak. saya picit2 badan ikan.
kenyal. tegap. kuat. ikan ini sihat.
bukan seperti saya.
yang masih berjuang melawan demam.
berlagaknya saya menyiang ikan. tidak hirau kiri kanan.
asyik dengan ikan.
bedah-bedah ikan.
belah-belah ikan.
au. maen kaso ko ikan. 
tajam sungguh insang kamu ya.
kacak sungguh ikan ini.
Maha Suci Tuhan..Maha Bijaksana Tuhan.
mencipta kan ikan2 untuk saya dan keluarga makan.
hari makan ikan. esok? belum tau lagi.
serai sudah saya tumbuk.
renjis nanti dengan minyak.
wah, satay ikan kah? haha!!
macam2 saya kira.
siap. saya mau bakar.


hei timun emas! tolong saya cari tempurung kelapa.
dia malas tolong saya tau tak.
hei hei, kamu timun emas.
tolong laaaah. susahkah?
hei bertih jagung! tolong saya lah.
tempurung kelapa buat bara.
semua malas! 
kak, goreng sajalah kak
ntah, beria mau bakar.

DIAAAAAAM..
saya kata.
saya lakukan sendiri saja.
saya gagah menyusun batu bata.
jadi para meletak jaringan besi.
lalu ayah menghulur kayu api siap potong.
pengepit arang. juga sebotol febreze berisi diesel.
alah-alah ayah, usahlah susah2.
saya biasa susah.
camping sini sana.
saya boleh sendiri2 lah ayah.
itu..saya cakap dalam hati.
saya diam sahaja.
mendengar kata.
orang tua kita.
*********************************
waktu itu tengahari.
saya membakar tiadalah tempat teduh.
namun saya redup. berangin.
saya bersyukur..Tuhan Maha Berkuasa..
melindung saya dengan awan.
tika panas memercik.
kak, mari saya tolong. 
si timun tadi bersuara.
diamlah kamu.
kak marilah.
diamlah kamu.
sila tengok tv sampai malam sampai pagi.
sila duduk jauh2 dari saya.
sengaja saya berkata begitu.
biar kamu hormat orang.
biar kamu faham orang.
itulah kamu.
menyesal sekarang.
biarlah. kamu belajar hari ini.
biarlah. kamu terasa hari ini.
supaya esok lusa kamu faham.
kamu mengerti.
jangan sesekali kamu ulang.
jangan sesekali kamu buat pada lain orang.
aih bunda pulang.
mari bunda mari.
merasa siakap talapia bakar cecah air asam saya!
kamu lupa ya.
apa ya bunda?
air asam ini.
pekat sedikitlah. itu harus.
oh, baiklah.
flower hon ini sedap jugalah~
hah?! flower hon? bukan talapia kah?
hahahahhahahahaahahahahahahahahaak!!!
baiklaaaaaaaaaaaah. 
saya geli makan ikan flower hon okei.
beliau seperti kucing saya rasa.
belaan.
bukan makanan.
aduhai. bunda mengenakan saya.
ya Tuhan, sabarlah saya sabar tak sudah2.
ahahahahhahahhahahahhahahhahahhahahak!!!





[scroll down]














































































..::tulisan hati::..
wahai Tuhan..
yang menghidup dan mematikan..
sudilah kiranya ampuni bunda ayah saya sini, bunda ayah saya sana..
saya mohon wahai Tuhan, panjanglah usia mereka..
agar puas saya membalas jasa.
agar puas saya menjaga.
jangan saya Kamu ambil dahulu wahai Tuhan sebelum mereka.
kerana saya tidak sanggup menanggung sepi perit melihat mereka hilang saya.
biarlah saya menanggung sepi perit melihat mereka hilang dahulu dari saya.
biarlah saya gundah.
biarlah saya susah.
jangan mereka ya, jangan mereka.
temukanlah kami dalam FirdausMu ya Tuhan.
biarlah mereka bersyurga lebih atas dari saya.
biar saya di bawah.
biarlah mereka lebih.
saya kurang tak apa, :)








No comments:

Post a Comment