teringat tiba-tiba.
bau itu.
bau apa kamu mahu tahu?
bau kereta arwah opah saya.
bukan sekadar kereta.
kereta sewa.
opah saya pandai memandu tau tak.
maka saya terkenang.
dia hitam. lebih hitam daripada saya lah. haha!!
opel namanya. ntahlah company mana.
malas saya madah (sebenarnya tak tahu lah) haha!!
ada tanda kilat. ada tanda bulat.
logo korporatnya.
jam waktu itu..tidak saya ingat.
yang pasti, waktu itu panas.
maka bau getah dashboard kereta meruap-ruap.
menyirap-nyirap.
bau getah itulah saya ingat.
getahnya berbau.
lantas saya culas.
berlagak memulas-mulas.
memegang stereng terlibas-libas.
ke kanan saya pusing. ke kiri juga.
masuk gear. perasan melumba-lumba.
mulut memuncung, mengajuk bunyi kereta berlumba-lumba.
berangan-angan punya kereta sendiri.
berangan-angan punya badan tinggi.
baru terasa pedal minyak di kaki.
baru nampak apa di depan.
kerana pendek terkial-kial memandang depan.
terjenguk-jenguk.
terdongak-dongak.
sila sedar diri okei.
kamu itu masih pendek.
akal masih kurang cerdik.
yalah, baru kenal koma titik.
apalagi sains matematik.
usia muda terjentik-jentik.
kaki jalan terkedek-kedek.
ada hati mau pandu kereta opah. haha!!
megahnya saya.
memandu kereta sewa arwah opah saya.
opah....:(
[scroll down]
..::tulisan hati::..
wahai Tuhan..
saya mahu bertanya..apa mungkin doa hamba seperti saya Kamu terima?
saya yakin Kamu terima.
saya yakin Kamu cintakan saya wahai Tuhan.
seperti saya cintakan Kamu.
saya sering lupa padaMu wahai Tuhan.
maka saya gusar Kamu berkecil hati sama saya.
bila susah baru berdoa.
bila senang lupa semua.
bukan itu niat saya.
saya sedang berjuang, melawan.
sungguh Tuhan, saya berperang.
saya berperang dalam sentiasa mengingatiMu wahai Tuhan.
banyak saya memohon.
banyak saya meminta.
jika Kamu memilih mana satu akan Kamu makbulkan dahulu.
tolonglah wahai Tuhan.
pilihlah doa yang ini.
tolonglah rahmati arwah opahku ya..
periharalah opahku dari siksaan kubur.
jadikanlah amalan solatnya sebagai peneman.
jadikanlah amalan desiran alunan quran sebagai cahaya.
jangan bagi gelap.
jadikanlah amalan puasanya sebagai pelindung.
jadikanlah amalan kebaikannya sesama manusia sebagai penghibur.
jangan bagi sunyi.
jadikanlah kesabarannya sebagai alas perisai.
wahai Tuhan, perkenankanlah..
No comments:
Post a Comment