Sunday, November 21, 2010

lydia ada caah & dina

 




pagi itu tidak suram.
telah jauh muram.
hari ini hari bahagia.
buat gadis-gadis muda.
seperti saya, haha!!!
dari pagi hingga senja.
saya gembira tau tak.
ketawa sampai perut tegang.
walau panas menjengkang.
tiada apalah sangat tujuan.
sekadar bertemu berjalan.
disaksi jam tinggi tk.intan.
di tengah-tengah pekan.
dia makin kacak.
lebih kacak dari saya lah.
dia makin matang.
dia makin terus terang.
dia hanya berselendang.
dia hanya suka bersembang.
berjalan-jalan penatlah.
tiada salah kami singgah.
kami empat gadis.
ketawa-ketawa entah.
lucu terpamer berdekah-dekah.
sempat kamu merakam ya, hik3.
maka makan isi perut.
sementara singgah.
kami seronok membeli.
kami seronok membayar.
hasil penat bekerja lah kami tidak kisah membayar.
kami mengusik-usik.
biar sampai terusik.
biar sampai terkekek-kekek.
kamu cerita hidup kamu.
dia cerita hidup dia.
saya cerita hidup saya.
sudah besarlah kita ya, hahaha!!!
sesekali suami kamu telefon.
cemburu kamu lupa dia.
kami tertawa.
wahai suami kamu.
bilang sama dia ya.
izinkanlah kami bercereka lebih lama.
bagai bertahun tidak jumpa.
kasihanilah kami belum bersuami.
tiada teman mahu bergurau senda.
maka sunyi terisi.
tiada sepi merantai hati.
perempuan syaratnya begini.
mahu bersembang begini.
mahu bercakap begitu.
tidak mahu pilu.
silaturahim masih utuh.
ikatan kami kukuh.
syukur saya nikmat Tuhan.
menemukan kembali teman-teman.
tiada lelaki cuma perempuan.
tidak kolot.
bukan murahan.
tidak mahu syaitan.
dalam hubungan.
dalam mencari rahmat Tuhan.

[scroll down]















































..::tulisan hati::..
wahai Tuhan Maha Pengasih.
saya cinta mereka.
maka cinta lah mereka jua wahai Tuhan.
beri mereka bahagia.
beri mereka nikmat.
bantu mereka apa jualah mereka mahu.
ini doa saya.
perkenankanlah wahai Tuhan.
lebih kan lah mereka dalam setiap perkara.
biar mereka lebih.
saya kurang tak apa. :) 


No comments:

Post a Comment