tulisan hati seorang psikologis yang hanya pandai meluahkan entri jika hati berasa sesuatu.
Thursday, November 25, 2010
jatuh hati. dibalas.
kamu pernah rasa jatuh hati?
tidak? kamu bohong lah, haha!!
kamu manusia okei.
saya juga.
maka rasa itu pernah hadir.
cuma kamu yang sengal.
tidak tahu mahu rasa.
okei okei. sory ya kasar bahasa, haha!!
kamu tahu tak rasa bagaimana?
mari dengar saya, mari-mari.
begini.
rasa nya jatuh hati dibalas itu.
rasanya selamat tau tak.
entahla dari apa.
rasa nya nyaman.
tiada ancaman.
lebih-lebih lagi tenang.
rasa tenang itu.
terasa senangnya.
segalanya mudah.
segalanya sudah.
tiada yang yang belum.
rasa nya senang itu.
bagai ditolong-tolong.
bagai diringan-ringan.
apa lagi yang saya mahukan.
setelah cinta saya Dia membalas?
saya jatuh hati pada Kasih Hati saya.
saya jatuh hati pada ayatNya surah al-ikhlas.
saya jatuh hati pada ayatNya surah al-fatihah.
saya jatuh hati pada ayatNya surah toha.
sering saya hayati ayat-ayat cintaNya untuk saya.
sering saya basahkan bibir ini membacanya.
bukan untuk saya.
bukan untuk bunda.
bukan juga untuk ayah.
cuma saya baca.
untuk Allah s.w.t.
saya baca untuk Dia.
saya tidak lah tahu apa mahu dibalas.
maka saya baca ayat-ayatNya.
tidak kira masa.
saya sebut nama Nya.
tidak kira masa.
suka lah saya mahu menyebutnya bila-bila.
saya malu.
oleh semua Dia beri.
banyak yang dia beri untuk saya.
saya tidak minta pun Dia beri.
apa lagi yang dimintanya saya.
lagi lah diberi-beri.
saya malu tau tak.
malu.
maka saya tekad.
mahu membalas.
rasa-rasa tidak mampu.
saya memohon padaNya.
bukan minta datangkan Spiderman untuk saya.
cuma saya mohon.
kuat kan lah semangat saya.
jangan mengalah cepat.
kuat kan lah hati saya.
jangan patah cepat.
saya mahu menjadi ahli syurgaNya.
bawah sekali pun tidak mengapa lah.
sedar lah saya siapa.
layaknya tidak.
harus saya meminta yang ini.
tujuan saya lahir juga kerana ini.
harus saya berperang mendapatkan yang ini.
firdaus jannah kekal abadi.
terima lah saya ya.
jika saya keliru dalam bercinta denganMu wahai Allah.
sila lah terus terang dengan saya.
kadang saya alpa.
hukumlah saya.
biar saya sedar.
jangan saya Kamu biar.
jika saya angkuh dalam baiknya saya wahai Allah.
tegurlah saya.
kadang saya lupa.
hukumlah saya.
biar saya tahu.
jangan saya Kamu tidak ambil tahu.
jika saya jatuh wahai Allah.
bangunkan lah saya.
hati kuat kadang terencat.
lemah natijah terjah.
terima kasih wahai Tuhan.
Kamu Kekasih Hati saya sekarang, :)
Labels:
psychology
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment