alah-alah-alah.
kamu sedih-sedih.
lalu kamu nangis.
sahabat..
usah kamu nangis, usah.
walau hati gundah.
walau hati patah.
mana bahagia hilang resah.
sahabat..
kisah kamu begitu saja.
tidak sehebat kisah saya.
lebih dalam menusuk jiwa.
lebih perih-jerih-pedih.
dasyat kisah saya tau tak.
cuma saya diam.
derita. saya yang rasa.
buat apa dicerita.
kekuatan perlu pasak dalam hati.
jangan biar emosi merajai hati.
saya yakin ini kerja Tuhan.
mendidik tambah iman.
saya jujur dalam hidup.
ayah pesan begitu.
beruntunglah bakal imam solat saya.
beruntunglah bakal papa baby saya.
saya kaya kasih sayang.
saya memberi penuh hati.
tiada berbelah bagi.
saya rasa adil begitu.
saya serah kasih sayang.
kamu serah kasih sayang.
tidak mahu saya buat larang.
tidak mahu saya langgar pantang.
pun begitu saya baik.
pun begitu sifat baik.
tetap juga saya terpilih.
mahu menahu tinggi iman saya.
lalu onar menusuk.
lalu duri menikam.
kamu tiada pernah tahu.
saya suka diam.
derita. saya yang rasa,
buat apa dicerita.
sangat hebat kisah kelam.
sangat tersanjung sabar.
menikam-nikam.
kamu saya sangka luhur.
kamu itu saudara saya.
darah daging saya.
namun kamu mentah.
melatah-latah.
saya juga kamu ratah.
buat hati kamu parah.
kamu yang parah.
saya...?
seharusnya saya patah.
seharusnya saya lelah.
kamu mahu saya membantah.
namun kamu silap wahai pemakan daging saudara.
Tuhan Maha Tahu.
Tuhan Maha Saksama.
apa kamu lupa?
maka hati saya dijagaNya.
kerana itu saya kuat.
Dia cinta saya.
maka dipeliharaNya saya dari cengkaman dusta. nista.
saya sedih.
ingin nangis.
hendakku nangis..tiada berair mata.
namun air mata itu tidak mahu juga menitis.
heran saya.
apa hati kering tidak mahu menangis?
tidak juga..
maka saya cari punca.
maka jumpa.
rupa-rupanya saya dirahmati.
saya diberkati.
maka dunia gagal menjatuhkan saya.
kerana pertolongan dari yang Esa.
apa rahsia kamu tanya?
rahsia saya..
diam saja bila kamu dianiaya.
diam saja. jangan mula sengketa.
walau kita dicerca.
kerana pulut santan binasa.
kerana mulut badan binasa.
maka diam saja.
dalam kelam malam.
saya doakan untuk mereka.
jangan mereka durjana pada hamba lain.
pada saya tak mengapa.
kamu bukan kamu.
kamu kisah saya adalah kamu lain.
bukan kamu wahai sahabat.
saya cuma berkisah.
sahabat..usah kamu sedih ya.
kerana kisah saya lebih sedih dari kisah kamu.
masih ada hamba lain yang lebih siksa dari kita.
kita ingat itu ya..:)
kepada sahabat saya, nadia a.k.a yaya.
saya pinjam ayat kamu "derita. saya yang rasa. buat apa dicerita. cuma kamu rasa bahagia. saya sebaliknya, :)"

No comments:
Post a Comment